Khamis, 11 April 2019

TIP'S PENTING UNTUK PEMBONCENG MOTOSIKAL

TIP'S PENTING UNTUK PEMBONCENG MOTOSIKAL
Ada orang, setiap kali mahu membonceng, mesti minta si penunggang sengetkan sedikit motosikal supaya senang mahu naik dan duduk. Tetapi ingat, jangan ikut!
Cara membonceng yang betul ialah sebelah kaki perlu memijak peg kaki (footrest/footpeg) sebelum melonjakkan naik duduk atas pelana.
Sebelum itu, pastikan penunggang terlebih dulu bersiap sedia dalam posisi memasang kuda-kuda. Kalau tidak, anda dan penunggang boleh tergolek bersama.
Pastikan juga penunggang dapat menahan berat badan anda (kurang sesuai untuk pembonceng terlebih berat badan - gemuk/obes).
Berikut 8 perkara yang perlu pembonceng ambil perhatian:
1 - Pastikan penunggang bersedia dan enjin motor sudah dihidupkan sebelum pembonceng dibenarkan naik duduk atas motor.
2 - Jika boleh, duduk serapat mungkin dan letakkan posisi diri sebagai penunggang aktif kedua.
3 - Pegang atau peluk pinggang penunggang hingga dua tangan saling bertemu jika boleh. Jangan pegang bahagian besi belakang motor! Ini boleh menjejaskan kestabilan motosikal dan pengendalian penunggang.
4 - Jika keberatan memeluk tubuh penunggang (mungkin sebab perut buncit sangat), rapatkan kaki atau peha ke pinggang penunggang supaya dapat mengikuti rentak tunggangan dengan baik.
5 - Apabila motor berhenti, pastikan kaki diletakkan atas peg kaki.
6 - Jangan sesekali duduk secara sisi. Ini biasa dilakukan pembonceng perempuan.
7 - Sentiasa ikut gerakan badan penunggang, terutama ketika membelok. Jangan menyongsangkan badan tiba-tiba. Misalnya penunggang membelok ke kanan, tetapi pembonceng di belakang boleh pula menyengetkan badan ke kiri.
8 - Jangan bergerak tiba-tiba ketika motosikal sedang memecut ataupun berhenti. Misalnya, berdiri mengejut ketika penunggang sedang memecut. Ini berisiko membuatkan motosikal ter-wheelie, atau penunggang terkejut dan membrek kecemasan.
Sekarang bagaimana? Bersedia menunggang dan membonceng motosikal?
Jadi pembonceng yang bijak,
'ANDA MAMPU MENGUBAHNYA'

OPEN BOOKING (8-14 APR 2019)