Khamis, 21 Mac 2019

PROMOSI HARI GAJI MAC 2019


🚗🚕WAHHHH!!! PROMOSI SEMPENA HARI GAJI KEMBALI LAGI!!🚗🚕
.
Untuk bakal-bakal penyewa dan customer tetap kami minggu ni hari gaji kan?
Pastinya anda ingin berbelanja dengan cermat gaji ni,.
Untuk minimun kan kos anda sewa kereta dengan kami,
KAMI ADAKAN PROMOSI INI,HARGA SERENDAH RM90 DAH BOLEH SEWA KERETA DENGAN KAMI.
.
tunggu apa lagi, tempah harini boleh amik hari ni,
Ingin tempah esok boleh amik esok.
Semudah ABC, hanya click link di bawah untuk buat tempahan kereta kami.
.
BERBALOI GILERRRR!!
.
kami beroperasi 9am - 10pm setiap hari isnin hingga ahad.
.
Untuk dapatkan detail promosi dan booking click link whatsapp dibawah :-
Jika anda mempunyai kereta tapi duduk tersadai je dirumah, boleh join program car sharing yang kita jalankan, dimana anda boleh menjana pendapatan sehingga 30%.
Info lanjut boleh clink link whatsapp di bawah dan berurusan langsung dengan pegawai kita.

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BERCUTI




1. Tentukan Tempat Percutian dan Perancangan

Pertama sekali, anda perlu menyenaraikan lokasi percutian yang anda ingin pergi. Buat senarai pendek dan buat perbincangan bersama ahli keluarga.

Untuk menjimatkan masa rancang lokasi menarik untuk dikunjungi dalam sehari. Melalui rancangan, anda boleh tahu bayaran tambang dan jenis kenderaan sesuai untuk ke destinasi.

2. Tempah Awal

Lebih baik membuat tempahan tiket kapal terbang, tiket bas awal bagi mendapatkan harga yang murah, begitu juga dengan tempah penginapan hotel, jika tempah pada saat-saat akhir berkemungkinan harga lebih mahal ataupun kehabisan bilik lagi-lagi pada musim perayaan.

3. Urus Bajet dan Wang Tunai

Urus bajet supaya anda tidak mengalami kekusutan selepas habis bercuti. Pastikan menukaran wang mencukupi untuk membeli cenderahati, makanan dan sebagainya. Ia akan menjadikan percutian menjadi lebih seronok.

Wang tunai pastikan mencukupi, kadang-kadang tempat yang anda lawati tiada mesin ATM atau pengurup wang. Jika anda kaki cuti anda sudah tahu mengenai wang dan cara penyimpanan. Betul bukan?. Bagi yang tidak tahu wang mestilah diletakkan ditempat yang selamat dan elakan letak didalam dompet atau tempat yang banyak wang di bahagian yang mudah dicapai oleh penyeluk saku.

4. Dokumen Penting

Pastikan dokumen penting seperti kad pengenalan, pasport, tiket kapal terbang, cek kembara dibawa bersama. Datang awal ke lapangan terbang untuk mengelakkan masalah yang tidak diingini.

5. Kurangkan Pakaian

Tidak perlu membawa barang atau pakaian yang banyak ketika melancong, bawa pakaian yang bersesuaian ke destinasi yang hendak dituju. Sediakan beg plastik untuk menyimpan pakaian kotor supaya ia dapat diasingkan daripada pakaian bersih.

Pastikan beg yang anda bawa selesa untuk digunakan dan tidak menyusahkan anda. Gantungkan tag nama, alamat dan nombor telefon pada beg anda dan jangan lupa kunci untuk mengelakan individu tidak bertanggungjawab membukanya.

6. Peta

Anda boleh cetak dirumah peta sesuatu lokasi atau membeli setibanya di destinasi Ini akan memudahkan anda untuk merancang perjalanan yang sesuai untuk pergi melawat tempat-tempat menarik yang telah anda tetapkan.

7. Nikmati Percutian

Selepas anda telah urus bajet yang sesuai dan tempat destinasi yang ingin ditujui anda perlulah nikmati percutian itu, pergi ke tempat-tempat bersejarah, menarik, dan yang penting tempat makanan halal.

Selasa, 12 Mac 2019

PANDUAN MEMBAWA ANAK BERJALAN JAUH DENGAN KERETA

Cuti sekolah masih berbaki beberapa hari lagi. Jadi, pastinya masih ramai ibu bapa yang sedang bercuti di lokasi impian bersama anak masing-masing.

family-car-safety-mekanika-8
Pergi bercuti memang seronok. Apa yang tidak seronok dan menguji kesabaran adalah apabila anak-anak kecil mula buat perangai.
Harus faham bahawa selepas sejam berada di dalam kereta, orang dewasa pun akan rasa rimas. Tingkah laku anak-anak yang tidak terkawal memang boleh mengganggu konsentrasi pemanduan dan boleh mengakibatkan kemalangan.
Di sini ada beberapa cara untuk memastikan anak anda selamat, selesa dan gembira sepanjang perjalanan:
  • Tunjukkan contoh yang baik. Kesedaran terhadap aspek keselamatan bermula daripada ibu bapa dan penjaga. Jadi, adalah penting bagi ibu bapa menjadi contoh yang baik. Di sebalik semua teknologi yang canggih, tali pinggang keledar tetap menjadi alat keselamatan paling penting yang mampu menyelamatkan nyawa jika berlaku kemalangan. Ibu bapa mesti sentiasa memakai tali pinggang keledar untuk memberi contoh yang baik kepada anak-anak mereka.
  • Tetapkan peraturan
Bahagian 1: Di dalam kereta. Ibu bapa perlu menetapkan peraturan-peraturan di dalam kereta dan di jalan raya, selain memastikannya dipatuhi oleh semua. Bagi anak-anak yang cukup besar untuk faham, ibu bapa patut menjelaskan peraturan asas di dalam kenderaan keluarga. Misalnya, minta kebenaran terlebih dahulu, sama ada untuk membuka tingkap, bumbung suria atau menukar muzik.
Bahagian 2: Di luar kereta. Ambil perhatian: Walaupun berada di luar kenderaan, anak-anak tetap berdepan risiko. Jadi, perhatikan anak-anak apabila ada kereta berhampiran.
Pastikan anak-anak memegang tangan ibu bapa apabila ada kenderaan lain, sama ada ia bergerak atau sekadar diparkir.
                           family-car-safety-mekanika-10

  • Pastikan anak-anak selesa dan terhibur di dalam kenderaan. Pastikan permainan anak-anak (yang lembut lebih baik) dan buku kegemaran ada dibawa bersama bagi mematikan mereka sentiasa terhibur, selain membantu pemandu kekal fokus ketika memandu.
Snek dan minuman juga membantu mengelakkan anak-anak daripada meragam. Jangan lupa untuk berhenti dan pergi ke tandas. Salah satu sebab anak-anak meragam adalah mereka mungkin sejuk atau panas. Maka ibu bapa perlu peka dengan keadaan suhu di tempat duduk belakang.
Apa yang paling penting, jangan sesekali membiarkan anak-anak berseorangan di dalam kenderaan. Pendedahan kepada suhu yang tinggi walaupun dalam tempoh singkat boleh menyebabkan kematian atau kecederaan, termasuklah kerosakan otak. Anak-anak kecil berdepan risiko lebih tinggi.
                           EcoSport - Cadeira Isofix

  • Wajib ada kerusi kanak-kanak. Tali pinggang keledar dan beg udara direka untuk penumpang yang mempunyai ketinggian lebih 145cm dan berat melebihi 36kg. Jadi, bayi dan anak-anak kecil perlu duduk di kerusi kanak-kanak di belakang yang direka untuk usia dan berat mereka.
Ada ibu bapa yang gemar memangku anak di tempat duduk hadapan, sedangkan tindakan itu tidak selamat. Jika brek ditekan secara mengejut, tenaga pecutan boleh menjadi sekuat 4G dan memegang anak sahaja tidak cukup.
Anak-anak mesti menggunakan kerusi khas apabila mereka masuk ke dalam kereta buat pertama kalinya. Dengan cara itu, anak-anak akan melihat tempat duduk keselamatan sebagai satu kebiasaan apabila menaiki kenderaan.
  • Ambil perhatian tentang bagaimana kerusi kanak-kanak dipasang. Menurut pihak Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan AS, kadar pemasangan tempat duduk kanak-kanak yang salah adalah setinggi 95 peratus.
                           family-car-safety-mekanika-7


Beg udara boleh membunuh atau mencederakan anak yang duduk di kerusi kanak-kanak. Maka, jangan sekali-kali meletakkan kerusi kanak-kanak yang menghadap bahagian belakang di hadapan beg udara yang aktif.
Tempat duduk kanak-kanak biasanya diikat menggunakan tali pinggang keledar. Tetapi untuk perlindungan tambahan, dapatkan kerusi yang dilengkapi dengan cagak pemasangan ISOFIX.
Biarpun anda mengikuti semua panduan di atas, anak-anak anda mungkin akan tetap meragam di tempat duduk belakang. Tetapi mereka tetap kanak-kanak dan itulah kerja mereka. Jadi, laksanakan tanggungjawab untuk membuatkan mereka tenang dan selesa.
Lain kali, apabila anak-anak anda mula hendak meragam, bertenang dan cari tempat yang selamat untuk berhenti. Sentiasalah jadi pemandu yang selamat terutama apabila anak anda bersama. Anda perlu tahu menjangka apa yang tidak dijangka.
Kredit : www.mekanika.com.my

Tips Mengatasi stress ketika jalan jem


Berikut adalah tips:-

1. sebelum memulakan perjalanan, sama-sama angkat tangan berdoa dan baca doa naik kenderaan. contoh doa yang achik ani amalkan " Ya Allah, permudahkan perjalanan ku ini.Amin" Ringkas dan padat. Jangan lupa ajak penumpang doa sekali(kalau ada).

2. Fokus kepada pemanduan, abaikan pemandangan alam sekitar seperti rumah orang kaya, kemalangan dan elakkan memandang pemandu belakang melalui cermin. sebab kalau hensem sangat, kita boleh hilang focus.

3. Pastikan ada makanan dan minuman di dalam kereta. Seperti nasi lemak,karipap, air tin nescafe, air mineral. JIka tiada, singgah lah dimana-mana stesen minyak dan di gerai makcik jual nasi lemak di tepi jalan. aroma nasi lemak mampu menenangkan anda.percayalah!

4. Setiap kali anda rasa nak marah,sebab kereta depan tak bagi signal nak masuk lorong anda.Minumlah seteguk air mineral, In Shaa Allah membantu.Kalau lebih 10 orang, memang kita boleh kenyang minum air mineral je..terus boleh diet. Alhamdulillah.

5. Tolong bagi signal jika nak tukar lorong. lepas tu angkatlah tangan, tanda terima kasih. Bahasa kan budaya kiteeeewwww.

6. Jika ada orang depan anda yang dah lama bagi signal tapi takde orang nak bagi laluan, apa kata anda yang bagi laluan. Pagi-pagi ni orang kata buat baik dibalas baik.

7. Kalau kesesakan lalu lintas tu, tahap melampau. Makanlah nasi lemak yang beraroma tu. Hilang stress.(Pastikan minta dekat makcik tu sudu/garfu plastik)

8. Gantikan perkataan, seperti bodoh,%&%(,(apalah2 yang berbentuk maki hamun) dengan Astaghfirullahalazim. Anda akan terus rasa insaf sekejap.

9. Ikut peraturan jalan raya, jangan langgar lampu traffic light, sila ikut arahan polis traffic yang berdiri tengah jalan raya tu.(ini untuk mengelakkan kemlangan, bila kemalangan, jalan akan jem tahap melampau)

10. Jika anda sudah sampai ke destinasi atau lebih tepat, OFFICE. ucaplah ALHAMDULILLAH.

okeh.Semoga membantu.

Nota penting:
Ketika memandu waktu pagi(pergi keje) pastikan anda membuka radio kegemaran masing-masing dan layan semua lawak-lawak penyampai sambil gelak tutup mulut.Memang mampu menceriakan hari anda.
Ketika memandu waktu petang(balik keje) bukalah radio berbentuk keagamaan seperti radio IKIM. Dah maghrib  tak elok nak ketawa mengilai tak tentu pasal. Sekian.

Credit : https://www.waktusolat.net/achikani.blogspot.co.uk/2013/09/tips-aku-atasi-stress-ketika-jalan-jem.html

Isnin, 11 Mac 2019


INGAT BULAN MAC,INGAT CUTI SEKOLAH,INGAT JUGA PROMOSI DARIPADA KAMI.🎉🎉🎉

Ingat mengingati sesama insan, cuti sekolah hampir tiba bulan MAC ni. sudahkan anda membuat persiapan untuk membawa anak-anda anda berjalan pusing 1 Malaysia?
Janganlah duk terperap sahaja kat rumah, itulah masa terbaik untuk kita besama-sama keluarga bercuti dan mengeratkan silaturrahim sesama ahli.
Promosi apa yang kami tawarkan kepada anda ni,
HAA..semestinya potongan harga sewaan yang mampu milik kami berikan kepada anda. Jangan lepaskan peluang promosi ini,cepat buat tempahan segera kereta anda.

👉 Sewa selama 7 hari, anda akan dapat discount 20%

👉 Sewa selama 3 hari anda akan dapat FREE 1 HARI

Kami tawarkan 2 promosi yang berlainan sempena cuti sekolah ini. Buat pilihan anda dengan bijak berbaloi2 sewa kereta dengan kami.
HARGA DIJAMIN MURAH SELALU..MUAHH 💋💋
📝Terma & syarat
📌Valid untuk satu promosi sahaja.

📌Full payment untuk BOOKING

Untuk dapatkan detail promosi dan booking click link whatsapp dibawah :-
Jika anda mempunyai kereta tapi duduk tersadai je dirumah, boleh join program car sharing yang kita jalankan, dimana anda boleh menjana pendapatan sehingga 30%.
Info lanjut boleh clink link whatsapp di bawah dan berurusan langsung dengan pegawai kita.

OPEN BOOKING (8-14 APR 2019)