Selasa, 12 Mac 2019

Tips Mengatasi stress ketika jalan jem


Berikut adalah tips:-

1. sebelum memulakan perjalanan, sama-sama angkat tangan berdoa dan baca doa naik kenderaan. contoh doa yang achik ani amalkan " Ya Allah, permudahkan perjalanan ku ini.Amin" Ringkas dan padat. Jangan lupa ajak penumpang doa sekali(kalau ada).

2. Fokus kepada pemanduan, abaikan pemandangan alam sekitar seperti rumah orang kaya, kemalangan dan elakkan memandang pemandu belakang melalui cermin. sebab kalau hensem sangat, kita boleh hilang focus.

3. Pastikan ada makanan dan minuman di dalam kereta. Seperti nasi lemak,karipap, air tin nescafe, air mineral. JIka tiada, singgah lah dimana-mana stesen minyak dan di gerai makcik jual nasi lemak di tepi jalan. aroma nasi lemak mampu menenangkan anda.percayalah!

4. Setiap kali anda rasa nak marah,sebab kereta depan tak bagi signal nak masuk lorong anda.Minumlah seteguk air mineral, In Shaa Allah membantu.Kalau lebih 10 orang, memang kita boleh kenyang minum air mineral je..terus boleh diet. Alhamdulillah.

5. Tolong bagi signal jika nak tukar lorong. lepas tu angkatlah tangan, tanda terima kasih. Bahasa kan budaya kiteeeewwww.

6. Jika ada orang depan anda yang dah lama bagi signal tapi takde orang nak bagi laluan, apa kata anda yang bagi laluan. Pagi-pagi ni orang kata buat baik dibalas baik.

7. Kalau kesesakan lalu lintas tu, tahap melampau. Makanlah nasi lemak yang beraroma tu. Hilang stress.(Pastikan minta dekat makcik tu sudu/garfu plastik)

8. Gantikan perkataan, seperti bodoh,%&%(,(apalah2 yang berbentuk maki hamun) dengan Astaghfirullahalazim. Anda akan terus rasa insaf sekejap.

9. Ikut peraturan jalan raya, jangan langgar lampu traffic light, sila ikut arahan polis traffic yang berdiri tengah jalan raya tu.(ini untuk mengelakkan kemlangan, bila kemalangan, jalan akan jem tahap melampau)

10. Jika anda sudah sampai ke destinasi atau lebih tepat, OFFICE. ucaplah ALHAMDULILLAH.

okeh.Semoga membantu.

Nota penting:
Ketika memandu waktu pagi(pergi keje) pastikan anda membuka radio kegemaran masing-masing dan layan semua lawak-lawak penyampai sambil gelak tutup mulut.Memang mampu menceriakan hari anda.
Ketika memandu waktu petang(balik keje) bukalah radio berbentuk keagamaan seperti radio IKIM. Dah maghrib  tak elok nak ketawa mengilai tak tentu pasal. Sekian.

Credit : https://www.waktusolat.net/achikani.blogspot.co.uk/2013/09/tips-aku-atasi-stress-ketika-jalan-jem.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

OPEN BOOKING (8-14 APR 2019)