1. Pastikan lampu hadapan pada posisi tepat.
- Lampu hadapan kenderaan perlu diatur mengikut posisi yang sebenarnya.
- Setiap pusat servis kenderaan mempunyai ukuran yang tepat untuk posisi lampu hadapanyang betul.
Ini penting kerana jika lampu terlalu rendah, anda tidak nampak jauh ke hadapan.
Ini penting kerana jika lampu terlalu rendah, anda tidak nampak jauh ke hadapan.
- Dan jika lampu terlalu tinggi, pemandu dari arah bertentangan akan silau dan mungkin melanggar anda. Kalau tidak pun, anda akan disumpah.
2. Tukar mentol
- Mentol kenderaan (jenis halogen), walaupun tidak terbakar, tidak akan tahan selamanya.
- Tukar mentol sekiranya ia telah berusia lebih dari tiga tahun.
Ada mentol-mentol yang mempunyai jarak lontaran yang lebih jauh. Ia sedikit mahal dan selalunya, perbezaan yang didapati tidak ketara.
Ada mentol-mentol yang mempunyai jarak lontaran yang lebih jauh. Ia sedikit mahal dan selalunya, perbezaan yang didapati tidak ketara.
- Jangan beli mentol berwarna putih kerana walaupun nampak cantik, ia langsung tidak berguna di kala kabus atau di waktu senja. Ia juga menyilaukan pemandu lain.
- Jika sistem lampu hadapan anda dari jenis halogen, jangan tukar kepada sistem mentol HID kerana reflektor untuk sistem halogen berlainan dari untuk HID. Jika dilakukan juga, ia mungkin nampak lawa tetapi lontara cahaya akan bersepah dan tidak fokus.
3. Bersihkan lensa lampu
- Kerana bentuk lampu hadapan sekarang yang semakin canggih dan berciri “wrap around” (mengikut bentuk sudut kereta), lampu hadapan kini mempunyai penutup atau lensa yang diperbuat dari plastik.
- Untuk cuaca Malaysia yang panas, lensa plastik untuk kereta bagi pasaran ini memang mempunyai fungsi anti UV. Namun begitu, ia tetap akan mula menguning selepas enam ke tujuh tahun.
- Bagi penggemar kereta recond, lensa lampu hadapan akan mula menguning selepas beberapa tahun kerana ia tidak ada lapisan anti UV.
- Oleh itu, ia mengurangkan daya lontaran cahaya.
Lensa perlu dibersihkan bagi keupayaan lampu yang optimum.
Lensa perlu dibersihkan bagi keupayaan lampu yang optimum.
4. Silau dari lampu meter dan papan pemuka
- Cahaya dari skrin di papan pemuka atau dari panel meter akan menyebabkan silau dan ini membuatkan mata pemandu cepat letih dan paling bahaya, pemandangan hadapan terganggu.
- Kerana itu, ada kereta yang lampu pada papan pemuka dan panel meternya boleh dikurangkan kekuatannya.
- Jika kenderaan anda anda fungsi itu, kurangkan kadar keterangan lampu papan pemuka agar mata anda tidak penat memandu malam.
5. Jangan pakai cermin mata yang salah
- Ada juga iklan yang menyatakan cermin mata dengan lensa kuning sesuai untuk pemanduan di sebelah malam.
- Ini disangkal sendiri oleh Persatuan Cermin Mata Hitam Amerika Syarikat (ya, ia adalah satu industri yang sangat besar dan bernilai berbillion US Dollars).
- Cermin mata warna kuning mungkin akan membantu menaikan kontras, tetapi ia juga menghalang jumlah cahaya yang masuk ke mata anda dan mengurangkan penglihatan.
- Gunakan cermin-mata dengan lapisan anti-silau kerana ia memang membantu.
-Untuk anda yang memang memakai cermin-mata, pastikan nilai astigmatism anda turut dimasukan ke dalam lensa anda kerana ia adalah punca utama silau.
Link FB : https://www.facebook.com/klezcarampang/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan