Sabtu, 15 September 2018

1. PENUNJUK LAMPU AMARAN MENYALA
Anda seharusnya sentiasa memerhatikan lampu amaran pada papan pemuka kenderaan untuk mengesan sebarang masalah yang timbul. Terdapat pelbagai lampu penunjuk pada gugusan meter kereta anda khususnya untuk kereta-kereta moden.
Salah satu daripadanya akan menyala jika ia mengesan sesuatu masalah pada alternator kereta. Kebanyakan lampu amaran alternator ini berbentuk seperti bateri tetapi ada juga sesetengah model kereta memaparkan abjad seperti “ALT” atau “GEN”, bermaksud alternator ataupun generator.
Ramai yang silap menafsirkannya sebagai masalah pada bateri tetapi sebaliknya. Lampu ini sebenarnya dihubungkan dengan sistem komputer dalaman kereta yang mengesan keluaran voltan dari alternator. Jika voltan yang dihasilkan berlebihan ataupun berkurangan, lampu tersebut akan menyala.
Kebanyakan alternator mempunyai keluaran voltan antara 13 hingga 14.5V dan sentiasa berada dalam lingkungan tersebut. Jika kuasa yang berlebihan diperlukan untuk kegunaan lampu utama, pengelap cermin ataupun radio, alternator terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk memenuhi keperluan voltan tersebut. Alternator yang bermasalah tidak akan berfungsi dengan baik dan perlu diperbaiki ataupun diganti lain.
2.LAMPU UTAMA YANG MALAP
Lampu menjadi malap merupakan salah satu petanda utama masalah alternator. Disebabkan alternator berfungsi menyumbangkan tenaga elektrik kepada kenderaan, sebarang masalah padanya akan mengurangkan potensinya.
Anda mungkin akan mendapati yang lampu kenderaan menjadi kurang terang ataupun terlebih terang. Begitu juga dengan aksesori-aksesori lain yang menggunakan tenaga elektrik seperti penyaman udara, meter-meter penunjuk dan tingkap kuasa.
3.VISUAL, BUNYI DAN BAU
Tiga simpton ini digabungkan bersama kerana ia berkait dengan deria kita sendiri. Ia agak kurang tepat berbanding lampu amaran tadi tetapi ia juga berdasarkan pengalaman kita sendiri sebagai pemandu.
Visual: Mekanik akan memeriksa alternator berdasarkan maklumbalas pemilik kenderaan tentang simptom sebelum ini. Bukan sesuatu yang aneh jika ada yang sampai tali sawat sudah putus pun masih tidak disedari pemilik.
Pemeriksaan secara visual juga bertujuan untuk mengesan tali sawat jika terdapat sebarang keretakan atau tali tersebut sudah haus. Tali sawat juga mesti mempunyai regangan yang sesuai, tidak terlalu tegang dan tidak terlalu longgar.
Bunyi: Kadang-kadang kita akan mendengar bunyi yang tidak biasa didengari dalam bahagian enjin sebelum alternator gagal berfungsi. Alternator biasanya digerakkan oleh tali sawat aksesori dengan bantuan pulley dan beberapa bushing untuk membolehkannya bergerak dengan lancar.
Ia juga mempunyai bebola galas sendiri untuk melancarkan putarannya. Kerosakan pada bebola galas ataupun syaf akan mengakibatkan ia menghasilkan bunyi geseran yang akan anda dengari sebelum alternator anda rosak sepenuhnya
Bau: Bau getah terbakar ataupun wayar yang terlalu panas merupakan dua perkara yang selalu terjadi bila alternator hampir rosak. Pulley yang sudah rosak akanmenyebabkan tali sawat gagal bergerak lancar dan menjadi semakin panas sekaligus memanaskan tali sawat dan menghasilkan bauan getah terbakar.
4.BATERI MATI @ ‘KONG’
Mungkin ia bermakna bateri sudah tamat jangka hayat tetapi jika anda gagal menghidupkan kenderaan anda juga mungkin menghadapi masalah pada alternator. Jika sesudah anda memutar kunci anda cuma mendengar bunyi ‘klik’ dan gagal menghidupkan kenderaan ataupun tiada apa-apa bunyi selepas beberapa kali mencuba? Ia mungkin berpunca daripada bateri yang telah mati.
Persoalannya ialah kenapa ia boleh mati? Ini kerana sesebuah bateri yang dijaga dengan sempurna akan mempunyai ketahanan antara satu hingga dua tahun. (ye lah, bateri sekarang kualitinya bukan macam dulu)
Ini kerana bila alternator mengalami kerosakan, ia tidak akan mampu membekalkan arus elektrik secukupnya untuk mengecas bateri dan ini menyebabkan bateri kekurangan tenaga yang akan digunakan untuk menghidupkan enjin.
5. KEROSAKAN ATAUPUN MASALAH SAMBUNGAN YANG LONGGAR
Ia mungkin terjadi bila tiada kerosakan lain dikesan tetapi bateri anda kehilangan kuasa. Apa yang akan berlaku ialah, alternator menghasilkan tenaga elektrik tetapi ia tidak dapat disalurkan ke mana-mana bahagian kerana terdapat kerosakan ataupun masalah pada kabel-kabel penyambung. Ia juga mungkin mengakibatkan plastik penebat wayar menjadi hangus seterusnya menghasilkan bau terbakar.
Satu lagi kerosakan yang biasa terjadi ialah pada bahagian diod rectifier yang berfungsi menukar arus elektrik ulang alik (AC) kepada arus sehala (DC). Alternator biasanya menghasilkan AC tetapi aksesori kereta biasanya memerlukan DC. Rectifier berfungsi dengan menukar AC kepada DC.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

OPEN BOOKING (8-14 APR 2019)